
INILAH maksud ungkapan itu. Bukan kerana undi PAS itu kita dapat pahala, tidak, bukan begitu pemahamannya. Tetapi disebabkan kita memberi undi kepada PAS, maka PAS boleh membuat tindakan yang mengikut arahan Allah. Jadi kita bertolong-tolongan dalam perkara kebaikan dan taqwa.
Semua perkara mengenai agama PAS dah buat ke? Tak, masih ada lagi yang tidak mampu dilakukan kerana beberapa sekatan, tetapi sudah banyak yang mampu dan tiada sekatan, PAS sudah lakukan.
Habis itu parti lain tak pernah buat kebaikan ke? Tak pernah ikut kehendak agama? PAS sahaja yang ikut agama? Ada, mereka memang ada buat semua itu, akan tetapi dari segi kuantiti PAS lebih banyak melaksanakannya dan dari segi kualiti berkenaan peraturan agama, PAS memang jaga betul-betul sedaya upayanya. Itulah bezanya.
Oh, kiranya parti lain kira tak boleh berubah ke? Konon nak harapkan PAS saja jaga agama? Setakat ini, begitulah pada pandangan zahir dan juga dari segi pelaksanaan semua itu dengan bukti dalam PAS, ulamak diberikan tempat yang sewajarnya. Ada yang jadi Menteri Besar, ada yang jadi Menteri masa bersama Kerajaan Pusat dulu dan ada yang jadi Exco Kerajaan. Menjadi tanda aras kebolehpercayaan PAS ini ialah rekod mereka tidak ada pimpinan PAS yang pernah ditangkap dan dijatuhkan hukuman bersalah atas mana-mana salah laku. Dan PAS tunai janji-janjinya apabila berjanji.
PAS sempurna? Maksum? Oh tidak, PAS sesekali tidak akan mencapai kesempurnaan hakiki kerana itu hak Allah dan tidak juga maksum kerana itu dikurniakan hanya untuk para Nabi. Tetapi PAS tidak takut, tidak malu, kuat azamnya dan dan mempunyai ilmu bagi melaksanakan kehendak Allah yang sempurna itu dan kemahuan Rasulullah yang maksum itu.
Alhamdulillah Negeri Perlis, sejak puluhan tahun, akhirnya dibuang maksiat terbesar yang dikategorikan sebagai antara tujuh dosa besar, oleh PAS sebagai parti yang memerintah, walaupun ramai golongan yang memperlekehkannya dahulu. Nampak tak betapa beruntungnya Islam apabila diberikan kuasa?
Bersyukurlah kepada Allah dengan kemenangan menghapuskan dosa besar yang menjahanamkan ini.
MOHD NASIR ABDULLAH
16 Jun 2023 – HARAKAHDAILY 16/6/2023
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.
























