
PAS kesal dengan kenyataan berniat jahat Tan Sri Lim Kit Siang yang meminta Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menafikan keterlibatan DAP dalam mencetus isu 13 Mei sedangkan Tuan Guru tidak pernah menyebutnya dalam artikel terkini beliau.
Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi dalam rencananya hanya menyebut sebagai peringatan iaitu: “Malaysia pernah mengalami peristiwa 13 Mei 1969 yang menjadi sejarah hitam dalam hubungan masyarakat majmuk. Maka, peristiwa hitam itu jangan diulang sekali lagi dengan membawa agenda yang salah.”
Umpama gaya PMX, beri propaganda dan minta nafi, ini permainan licik Kit Siang dan DAP, malah rakyat tahu bertapa DAP dan pemimpin parti itu selalu menimbulkan kegusaran, ketegangan kaum dengan kenyataan yang amat anti kepada Melayu dan Islam.
Gaya percakapan dan tuduhan mereka ini umpama bermain ‘play victim’ dan mahu orang lain dilihat bersalah serta rasis atau ekstrim.
Beberapa kenyataan dan ucapan pemimpin serta penyokong DAP jelas mempertikai kontrak sosial, memprovokasi umat Islam dan Melayu dalam ceramah-ceramah mereka amat diketahui umum.
Justeru rakyat Malaysia harus terus berhati-hati dengan permainan licik Kit Siang dan DAP yang sebenarnya sedang membawa agenda mereka dalam pentadbiran negara demi kepentingan kumpulan mereka.
YB IR. TS. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Jerantut
13 Jun 2023 – HARAKAHDAILY 13/6/2023




















