Program EMP2.0 untuk orang asli sejak 2018

Senator Dato' Husain Awang
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah melaksanakan program empower ECER-Akademik bagi masyarakat Orang Asli di negeri Terengganu semenjak 2018 (EMP2.0).

- Advertisement -

Menurut Kementerian Ekonomi, seramai 167 pelajar Orang Asli Tahun 5 dan 6 telah dipilih untuk mengikuti program ini yang bertujuan untuk meningkatkan pencapaian mereka serta mengurangkan kadar keciciran.

Kementerian itu menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Senator Dato’ Husain Awang di Dewan Negara, semalam yang meminta Menteri Ekonomi menyatakan apakah inisiatif-inisiatif yang telah dilakukan oleh ECER kepada komuniti Orang Asli di Negeri Terengganu dalam program Pembangunan Modal Insan. – HARAKAHDAILY 5/4/2023

- Advertisement -