Gegey Gegok Anok Mudo sasar 16,000 pengunjung

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyasarkan seramai 16,000 anak muda akan menyertai program Gegey Gegok Anok Mudo Kelate 2023 pada 10 dan 11 Mac ini.

- Advertisement -

Lima artis terkenal Khai Bahar, Wani Hasrita dan Zara Ziya akan memeriahkan program berkenaan, di samping sembilan artis tempatan yang akan menggegarkan program tersebut yang akan bermula jam 9 malam.

Turut memeriahkan acara pasangan adik beradik yang bernaung di bawah The Helmis iaitu Heliza dan Hazwani Afiqah Helmi pada program yang dianjurkan Urusetia Belia Sukan dan Ngo negeri (U-BeS).

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, program berkenaan akan diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V dan acara tertutup khas untuk wanita di Dewan Jubli Perak pada 10 Mac jam 8.30 malam.

Pada masa sama, katanya pertunjukan Auto Show Vaganza akan diadakan pada 10 dan 11 Mac ini yang turut melibatkan acara Teh Tarik Session Mega dan Himpunan Kelab-Kelab Kereta.

“Kita juga berharap orang ramai bersama-sama menjayakan program Derma Darah Perdana yang diadakan sepanjang program Gempak berlangsung.

“Festival Beliawanis akan diadakan pada 10 Mac akan menampilkan program Girl’s Fun Run, Forum Pemudi Yang Dirindukan Syurga dengan menampilkan Zara Zya sebagai jemputan khas, Slot Santai Beliawanis: Selagi Masih Muda dan Ladies Night,” ujarnya.

Roslan Ladies Night, katanya, pada hari kedua (11 Mac) akan berlangsung Fun Ride Anok Mudo Kelate dan juga Majlis Raikan Cinta Perdana di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV.

Persembahan dikir barat, Gema Dikir Anok Mudo Kelate merupakan acara kemuncak untuk program Gempak 2023. – HARAKAHDAILY 2/3/2023

- Advertisement -