
Indrani Selvakumar, ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sungai Siput pada 2021 telah membuat laporan kepada SPR terhadap YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung pemberian projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) kepada syarikat yang didakwa sedang disiasat pihak berkuasa.
“Saya meminta SPRM dan pihak penguatkuasa yang lain segera mengadakan satu siasatan terhadap penganugerahan projek KXP kepada syarikat tersebut.
“Bagaimana, syarikat yang masih dalam siasatan sejak tahun 2017 boleh mendapat projek sebesar itu,”
https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=198668
MB Kedah jawab dengan surat bertarikh November 2020 yang ditulis Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
“Hasil semakna mendapati tiada tohmahan dan maklumat yang disiasat berkaitan dengan syarikat tersebut.”
Syarikat yang sama pernah mendapat kebenaran untuk menanam durian Musang King ketika YB Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir menjadi MB Kedah. Namun, tiada laporan pernah dibuat untuk menyiasat beliau.
Selain itu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang YB Prof. Dr. P.Ramasamy A/L Palanisamy juga pernah mendesak untuk menangguhkan pembinaan.
“Kerajaan Kedah sebelum ini tidak dapat menyelesaikan hutang bekalan airnya kepada Kerajaan Pusat, selain gagal menyediakan peluang pekerjaan mencukupi dan berfaedah.
“Ia memaksa rakyatnya mencari pekerjaan di Pulau Pinang dan negeri lain.”
Sedangkan KXP ini antara lain tujuannya adalah untuk memberi hampir 18 ribu peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Kedah.
Ironinya, kenapa cuba dihalang projek ini jika ianya boleh menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Kedah?
Ditambah pula dengan tuduhan jahat lagi atas tujuan pembinaan ini.
“Disebabkan YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor gagal mengancam Pulau Pinang dengan isu bekalan air, Menteri Besar Kedah itu mungkin menjadikan pembinaan lapangan terbang baharu sebagai hukuman setimpal kepada Pulau Pinang.”
“Apakah keperluan utama bagi pembinaan lapangan terbang sekarang? Adakah ia bertujuan bagi mencabar Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP)?” – YB Prof. Dr. P.Ramasamy A/L Palanisamy.
https://www.bharian.com.my/…/pulau-pinang-dakwa-projek…
Bagi negeri-negeri utara, Kedah telah muncul sebagai negeri paling rendah KDNK per kapita, lebih rendah daripada KDNK per kapita di negeri Perlis. Walhal Kedah mempunyai kawasan industri mega Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dengan penghasilan produk ke serata dunia. Namun, Kedah terpaksa menggunakan pengangkutan kargo di Pulau Pinang dan dinisbahkan sebagai KDNK Pulau Pinang.
KDNK per kapita Kedah yang rendah akan mengurangkan jumlah geran Persekutuan kepada negeri.
Jika KXP ini cuba diganggu gugat, adakah sebenarnya Pulau Pinang yang tercabar dan cuba menghalang kemajuan dan penjanaan ekonomi di negeri Kedah?
Projek KXP ini hakikatnya hanya disambung oleh YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor. Diilhamkan oleh YB Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir sejak beliau menjadi MB Kedah zaman BN. Dibuat kajian dan penelitian semasa kerajaan PH selepas PRU-14. Ketika itu YB Lim Guan Eng adalah Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Kewangan.
Bukan mudah untuk mendapat dana dari Kerajaan Persekutuan ketika itu.
Hari ini YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berjaya membawa projek ini dibentangkan dan melalui proses yang ditetapkan untuk mendapat kelulusan. Dana yang akan digunakan juga tidak melibatkan keseluruhan kewangan dari Kerajaan Pusat sebaliknya melalui Private Finance Initiative (PFI).
Jika kos cuba dibandingkan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Subang), faktor itu tidak sepatutnya menjadi kebimbangan kerajaan.
YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak mengamalkan budaya politik ‘scrape-off’. Apa sahaja yang baik untuk negeri dan rakyat akan diteruskan tidak kira siapa yang mulakan. Tiada dendam politik dalam mengurus negeri.
YB USTAZ NURUL AMIN HAMID
Ketua Pemuda PAS Kedah
Ahli Parlimen Padang Terap – HARAKAHDAILY 2/3/2023











