Kerajaan perlu banteras ancaman Ah Long

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kebimbangan terhadap ugutan Ah Long sehingga mengancam nyawa perlu dibanteras bagi mengelak sebarang perkara buruk berlaku.

- Advertisement -

Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) dalam soalan tambahan ketika sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini, meminta kerajaan menyatakan langkah yang akan diambil terhadap kegiatan Ah Long yang dilihat telah mengugut sehingga ke peringkat mengancam nyawa.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, jika berdepan dengan situasi berkenaan, pihak terlibat perlu tampil membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, kegiatan Ah Long adalah satu jenayah komersial manakala aktiviti pemberian pinjaman kredit komuniti adalah dikawal di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

“Akta berkenaan nenerangkan bahawa faedah tidak boleh dikutip atas suatu jumlah yang melebihi jumlah pokok yang perlu dibayar. Tentang kegiatan Ah Long, boleh terus melaporkan kepada PDRM.

“Sesiapa sahaja yang melanggar peruntukan akta yang telah ditetapkan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau pun penjara 18 bulan,” katanya.

Shaharizukirnain dalam soalan asalnya meminta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan perbezaan antara syarikat kredit komuniti dan Ah Long berlesen di mana syarikat kredit komuniti ini dikawal selia oleh Kementerian telah dianggap sebagai Ah Long berlesen yang mengenakan faedah yang tinggi sehingga 18 peratus kepada peminjam wang segera. – HARAKAHDAILY 27/2/23

- Advertisement -