PGA rampas vape pelbagai jenama bernilai RM524,000

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

TUMPAT:
Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) merampas sejumlah kotak mengandungi cecair vape (pod) pelbagai jenama dan perisa yang dianggar bernilai RM524,000.

- Advertisement -

Ketua Polis Kelantan, Dato’ Muhamad Zaki Harun berkata, rampasan dilakukan di Pangkalan Haram Paija, Pengkalan Kubor, kira-kira jam 3 pagi semalam.

Katanya, sebelum itu sepasukan anggota PGA7 sedang membuat rondaan di Kuala Jambu apabila ternampak beberapa lelaki sedang memunggah kotak dari sebuah kereta ke dalam perahu.

“Menyedari kehadiran polis, semua lelaki itu melarikan diri dengan menaiki perahu ke tebing Sungai Golok di sebelah Thailand.

“Hasil pemeriksaan dalam kereta menjumpai 1,950 kotak berisi cecair vape (pod) pelbagai jenama dan perisa serta 110 botol perisa vape,” katanya pada kenyataan, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, kesemua barang kes dibawa ke Komtak PGA Kuala Jambu untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952. – HARAKAHDAILY 14/10/2022

- Advertisement -