PAS Rasah terus komitmen agih ‘Bakul Prihatin’

- Advertisement -

Oleh JANIRA AIN ABU BAKAR

RASAH: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Rasah meneruskan komitmennya mengagihkan Bakul Prihatin kepada warga sekitar Parlimen Rasah.

- Advertisement -

Kali ini, Cawangan Kampung LBJ, sempat menyantuni penduduk-penduduk di sekitar Kampung LBJ, Labu. Sebanyak 10 keluarga menerima sumbangan Bakul Prihatin daripada Perikatan Nasional yang disampaikan ketua Cawangan PAS Kampung LBJ, Haji Ismail bin Kasim.

Semoga dengan pengumuman oleh Perdana Menteri berkenaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa ke-2 bagi Negeri Sembilan akan membantu membuka ruang aktiviti ekonomi masyarakat setempat.

Terkini, sebanyak 59.1 peratus rakyat Malaysia sudah melengkapkan pengambilan 2 dos vaksin Covid-19. Perkembangan ini diharapkan terus konsisten ke arah mencapai kadar imunisasi berkelompok 80% menjelang Disember 2021.

Daripada statistik penularan Covid-19, hanya pesakit kategori 3, 4 dan 5 hanya menyumbang 2.7% sahaja daripada keseluruhan 24,599 kes hari ini.

PAS akan terus menggerakkan agenda kebajikan supaya sedikit beban masyarakat dapat diringankan. – HARAKAHDAILY 27/8/2021

- Advertisement -