
KUALA LUMPUR: Sebanyak 60.2 peratus atau 14,095,554 populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 sehingga semalam.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang berkongsi maklumat berkenaan di laman Facebook rasminya memaklumkan setakat semalam, seramai 18,948,648 individu atau 80.9 peratus telah menerima dos pertama.
- Advertisement -
Ini menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari lalu kini sebanyak 33,044,202 dos.
Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 408,295 dos diberikan semalam dengan 252,626 merupakan dos kedua. – HARAKAHDAILY 27/8/2021




















