10 lagi keluarga terima Bakul Prihatin

- Advertisement -

Oleh UMAR AL-HAYAWI

SUNGAI BESAR: PAS Kawasan Sungai Besar telah menyampaikan 10 lagi sumbangan ‘Bakul Prihatin’ kepada penduduk sekitar pekan Sekinchan, di sini, semalam melalui siri program bantuan yang dibuat secara berkala.

Pasukan yang diketuai oleh Setiausaha PAS Kawasan, Zulkifli Ibrahim turun menyampaikan sumbangan yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) walau pun dalam keadaan politik semasa tidak menentu dan cuaca kerap hujan di sebelah petang.

- Advertisement -

“Walaupun ianya nampak seperti hanya sekadar menyampaikan bantuan, namun amanah dan tanggungjawab untuk membantu jabatan kerajaan seperti JKM dalam menyalurkan bantuan pada rakyat adalah tanggungjawab semua parti,” jelas Zulkifli.

Menurut Zulkifli, fokus sumbangan bantuan ‘Bakul Prihatin’ pada kali ini adalah untuk beberapa keluarga berketurunan Cina dan India di kawasan ini.

“Menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat adalah fokus yang perlu diletakkan di hadapan sekarang ini agar pandemik Covid-19 ini dapat berakhir dan keadaan rakyat terjamin,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 20/8/2021

- Advertisement -