
PAGI ini 7 Muharram 1443, kita masih dalam kemelut kepimpinan negara. Rakyat pula terus bertarung menempuh ujian Allah dengan pandemik COVID-19.
Nasib umat ini banyak ditentukan oleh kepimpinan, apatah lagi di mana letak duduknya agama Islam juga ditentukan oleh kemahuan politik kepimpinan.
Para pemimpin, khususnya Ahli Dewan Rakyat seramai 220 orang yang terlibat dalam percaturan dan perundingan tersebut kita harapkan dalam Hidayah dan Taufiq Allah.
Selain itu, tugas kita ialah terus berdoa, kerana ianya adalah senjata ampuh orang beriman. Semoga Allah beri yang terbaik untuk Malaysia serta rakyatnya:
اللَّهُمَّ وَلِّ أُمُوْرَنَا خِيَارَنَا ، وَلَا تُوَلِّ أُمُوْرَنَا شِرَارَنَا
“Ya Allah! Lantiklah untuk urusan kami (pemerintahan) orang-orang yang terbaik di kalangan kami. Janganlah Engkau lantik untuk urusan kami orang-orang yang terburuk di kalangan kami.”
اللَّهُمَّ اجْعَل وِلَايَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِين
“Ya Allah! Jadikanlah kuasa wilayah kami pada orang yang takut kepadaMu dan bertakwa kepadaMu, wahai tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.”
اللَّهُمَّ لَا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لَا يَخَافُكَ فِيْنَا وَلَا يَرْحَمُنَا
“Ya Allah! Janganlah Engkau jadikan pemimpin kami – disebabkan dosa-dosa kami – orang yang tidak takut kepadaMu dan tidak mempunyai belas kasihan kepada kami.”
اللَّهُمَّ أَبْعِدْ عَنْهُمْ بِطَانَةَ السُّوْءِ وَالْمُفْسِدِيْنَ ، وَقَرِّبْ إِلَيْهِمْ أَهْلَ الْخَيْرِ وَالنَّاصِحِيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ
“Ya Allah! Jauhkanlah daripada mereka (para pemimpin kami) teman rapat yang jahat dan merosakkan. Dekatlah kepada mereka orang-orang yang baik dan pemberi nasihat yang baik, wahai tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.”
USTAZ AHMAD YAHAYA
Pesuruhjaya PAS Kedah – HARAKAHDAILY 16/8/2021
Sumber Asal: https://www.facebook.com/260374802320681/posts/366532901704870











