Menyemarakkan ‘Malaysia Prihatin’

- Advertisement -

SELARI dengan tema ‘Malaysia Prihatin’, sambutan pada tahun ini semestinya mempunyai intipati serta matlamatnya tersendiri yang menuntut semua pihak tanpa ada yang terkecuali untuk berganding bahu melawan COVID-19 daripada terus berleluasa.

Keprihatinan semua pihak untuk ‘menjaga’ antara satu sama lain memberi pengertian yang cukup besar sekaligus menyuntik semangat kita semua untuk terus maju ke hadapan selaras dengan aspirasi serta pengertian semangat kemerdekaan itu sendiri.

- Advertisement -

Signifikan penting yang boleh difahami daripada ayat ini adalah soal pergerakan sosial yang telah dileluasakan oleh Allah S.W.T merentasi jantina, bangsa dan keturunan. Manusia dengan kudrat dan kemudahan yang ada boleh sahaja menjangkau sempadan kawasan, negeri dan negara untuk saling hidup harmoni. Kebebasan yang tidak pernah dihalang oleh Sunnatullah secara fizikal.

Manusia berhak untuk merdeka dan tidak dikuasai antara satu sama lain. Hal ini telah ditegaskan dan nota sejarah tidak pernah meninggalkan petikan ucapan bangsawan Arab Rib’i ibn ‘Amir ibn Khalid ibn ‘Amar al-Usaidi al-‘Amrawi al-Tamimi, salah seorang panglima tentera Islam dalam pembukaan Iraq di zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin di bawah pimpinan Sa’ad bin Abi Waqqas R.A.

Ibnu Kathir dalam kitab sejarah yang masyhur, al-Bidayah wa al-Nihayah telah memotretkan ucapan rundingan ini dengan suatu penegasan yang penuh hikmah daripada Rib’i ibn Amir dihadapan Rustum, ketua tentera Parsi, iaitu:

“Allah telah membangkitkan kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dari perhambaan terhadap sesama hamba kepada perhambaan kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasannya, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.”

Antara intipati ucapan Dato’ Panglima Perang sewaktu kalam aluan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kelantan 2021. Semoga nikmat kemerdekaan di hayati penuh penghayatan oleh seluruh masyarakat.

“Malaysia Prihatin”

USTAZ MOHD NASSURUDDIN DAUD – HARAKAHDAILY 9/8/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/197302993742187/posts/2052665954872539/

- Advertisement -