Sumbangan untuk mangsa kebakaran rumah

- Advertisement -

PAS Miri telah menyampaikan wang tunai kepada mangsa kebakaran rumah di Pujut Tanjung Batu dan PAS juga mengucapkan takziah atas kehilangan rumah mereka kepada keluarga yang berkenaan.

Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, diharapkan keluarga mangsa dapat bersabar dan tabah menghadapi ujian. Kami (PAS Miri) telah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak mangsa di rumah keluarga mereka berdekatan.

- Advertisement -

PAS juga berharap lebih banyak orang dapat membantu dan memberi sumbangan kepada keluarga mangsa agar mereka dapat membina semula rumah mereka yang terbakar dengan segera.

Mudah-mudahan, di bulan Ramadan ini, semua amal kita diterima oleh Allah dan dipermudahkan segalanya. Marilah kita membantu meringankan beban keluarga yang berkenaan. Mungkin pemerintah juga dapat membantu mempercepat pembinaan semula kediaman mereka. Kerjasama dengan pihak berkuasa dan pihak yang berkaitan untuk menangani masalah ini dengan segera amatlah dihargai. 

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak

English version

Donations for house fire victims

PAS Miri has presented cash to the victims of the house fire in Pujut Tanjung Batu and PAS also expressed its condolences on the loss of their homes to the families concerned.

In conjunction with this blessed month of Ramadan, it is hoped that the victim’s family can be patient and persevere in facing the test. We (PAS Miri) have presented a donation to one of the victim’s children at their family home nearby.

PAS also hopes that more people can help and contribute to the families of the victims so that they can rebuild their burning houses immediately.

Hopefully, in this month of Ramadan, all our deeds are accepted by Allah and everything is simplified. Let us help ease the burden of the family in question. Perhaps the government can also help speed up the reconstruction of their homes. Cooperation with the authorities and relevant parties to address this issue promptly is greatly appreciated.

Yours faithfully,

JOFRI JARAIEE
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief – HARAKAHDAILY 28/4/2021

- Advertisement -