Masalah jalan raya di Miri

- Advertisement -

MASALAH jalan raya di Kampung Tudan dan Tudan fasa 6 agak sempit dan sangat berbahaya bagi pengguna jalan raya, terutama penunggang motosikal dan kereta.

Jalan utama laluan bas juga terlalu sibuk dan pinggir jalan cukup berbahaya untuk laluan kereta dan motosikal kerana agak sempit hanya dapat dilalui oleh kenderaan besar dalam satu masa.

Masalah jalan menjadi semakin kecil adalah disebabkan oleh hakisan kiri dan kanan jalan kerana kenderaan berat selalu berulang-alik menggunakan jalan raya. Akhirnya, jalan itu rosak dan berlubang.

- Advertisement -

Penduduk kampung di kedua-dua tempat mengadu masalah ini kepada PAS Miri agar tindakan segera dapat diambil untuk mengatasi masalah ini.

Oleh kerana kesempitan jalan, pinggir jalan rosak apabila dua kenderaan melewati jalan yang sama, jadi satu kereta mesti memberi laluan kepada kenderaan lain untuk melintas. Oleh itu, tayar kenderaan berat yang selalu berhenti di tepi jalan boleh merosakkan tepi jalan. Sekiranya jalan boleh dilalui dengan selesa oleh dua kenderaan, masalah ini mungkin tidak berlaku.

PAS Miri menggesa pihak-pihak yang berkenaan agar jalan itu dilebarkan sesuai dengan kenderaan yang berulang-alik ke kampung. Keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya harus diberi perhatian kerana mereka tidak mahu kemalangan maut berlaku sekiranya jalan raya sempit, terutama pada waktu malam, dan semasa hujan lebat, tidak ada halangan jalan di longkang besar.

Pemasangan terminal penghalang jalan untuk mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku kemalangan mesti mematuhi spesifikasi dan standard yang ditetapkan. Papan tanda juga harus disediakan untuk menolong pengguna ke arah yang hendak dituju.

Kami berharap masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana jalan yang sempit dan tidak mesra pengguna perlu ditingkatkan dan diberi perhatian oleh pihak yang berkenaan. Kerjasama dengan semua pihak yang terlibat dalam mengatasi masalah ini amat dihargai.

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS Sarawak 

English version

Road problems in Miri

The road problems in Kampung Tudan and Tudan phase 6 are quite narrow and very dangerous for road users, especially motorcyclists and cars.

The main road of the bus route is also too busy, and the roadside is quite dangerous for car and motorcycle routes as it is quite narrow can only be passed by large vehicles at a time.

The problem of the road getting smaller is due to the erosion of the left and right of the road because heavy vehicles always commute using the road. Eventually, the road was damaged and potholed.

The villagers in both places complained about this problem to PAS Miri so that immediate action can be taken to overcome this problem. 

Due to the narrowness of the road, the roadside is damaged when two vehicles pass the same road, so one car must give way to another vehicle to pass. Therefore, heavy vehicle tires that always stop at the side of the road can damage the roadside. If the road can be passed comfortably by two vehicles, this problem may not occur.

PAS Miri urged the relevant parties that the road should be widened in accordance with vehicles traveling back and forth into the village. The safety of residents and road users should be given attention as they do not want fatal accidents to occur if the roads are narrow, especially at night, and during heavy rain, there are no road barriers in large drains.

Installation of road barrier terminals to reduce the risk of injury in the event of an accident must comply with the specifications and standards set. Signage should also be provided to help the user in the direction to be addressed.

We hope this problem can be resolved as soon as possible due to the narrow and unfriendly road for the user needs to be improved and given attention by the relevant parties. Cooperation with all parties involved in overcoming this problem is greatly appreciated.

Yours faithfully,

JOFRI JARAIEE
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief – HARAKAHDAILY 8/9/2020

- Advertisement -