Viral pula video Habbatussauda merawat COVID-19?

- Advertisement -

NASIHAT tulus dari saya agar al-Fadhil Ustaz agar rujuk dahulu pihak yang lebih berautoriti dalam merawat COVID-19. Tentukan dan sahkan dahulu apakah konteks sebenar video berkenaan. Jika Ustaz dengar betul-betul video itu, tak sebut pun mengenai Habbatussauda.

Sebaiknya Ustaz Tabayyun dahulu video yang kata Chloroquine merawat COVID-19 itu. Janganlah kongsi sesuatu yang masih belum pasti. Untuk makluman Ustaz:

1. Chloroquine tidak terdapat dalam Habbatussauda. Bahan aktif yang terdapat dalam Nigella Sativa (Habbatussauda) adalah Thymoquinone. Bukan Chloroquine.

2. Video kajian itu disiarkan pada April 2020 lagi. Kajian yang dibuat dan didakwa oleh pembawa berita dalam video itu adalah tidak konklusif (kajian terhadap ubat Chloroquine). Bahkan pemberitaan itu dikategorikan sebagai mengelirukan (misleading) oleh Anti Fake News War Room (AFWA).

- Advertisement -

3. Kajian yang lebih jitu (reproducibilty study) telah dibuat bahawa ubat Malaria itu (Chloroquine) tidak terbukti merawat atau mencegah COVID-19. Ubat Malaria itu hanya sensasi oleh mantan Presiden US, Trump. 

4. Analisis kajian dari Cochrane menyimpulkan:

“Hydroxychloroquine (HCQ) for people infected with COVID‐19 has little or no effect on the risk of death and probably no effect on progression to mechanical ventilation. Adverse events are tripled compared to placebo, but very few serious adverse events were found. No further trials of hydroxychloroquine or chloroquine for treatment should be carried out.”

5. Nasihat saya juga jangan sesuka menuduh orang sebagai Munafik. Adab sebagai Muslim kena jaga. 

Semoga Allah merahmati kita semua dan senantiasa diberi peluang untuk terus mengamalkan amalan soleh dan ikhlas.

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 22/3/2021

Rujuk:
[1] Chayan Kundu. Fact Check: Do kalonji seeds have the ‘miracle drug’ US is after? Indiatoday Online. April 10, 2020.
[2] Bhagteshwar Singh, Hannah Ryan, Tamara Kredo et. al. Chloroquine or hydroxychloroquine for prevention and treatment of COVID‐19. Cochrane Online Version published: 12 February 2021.

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -