Masalah ‘Zubyah’ (lubang digali untuk perangkap binatang)

- Advertisement -

DI ZAMAN Sayyidina Ali menjadi Gabenor di Yaman berlaku satu kes namanya Zubyah. Dalam lubang perangkap itu ada seekor singa dan kemudian orang ramai berebut-rebut hendak melihat singa itu, tiba-tiba seorang dari mereka hampir terjatuh ke dalam lubang, lalu dia menarik orang lain, orang kedua hampir jatuh dia tarik orang ketiga, dan orang ketiga hampir jatuh dia tarik pula orang keempat, sehinggalah keempat-empat orang itu semuanya jatuh ke dalam lubang dan mati semuanya dimakan singa.

Bila kes ini diangkat kepada Sayyidina Ali beliau memutuskan bahawa orang pertama mendapat Diyat (pampasan) 1/4, orang kedua mendapat 2/3, orang ketiga mendapat 1/2 dan orang keempat mendapat Diyat penuh. 

- Advertisement -

Kenapa orang pertama dapat 1/4 kerana dia menyebabkan tiga orang di atasnya jatuh sama jadi gugur 3/4 bahagiannya, tinggallah 1/4 sahaja untuknya. Orang kedua mendapat 1/3 sebab 2/3 lagi gugur kerana dia menyebabkan dua orang di atasnya jatuh. Orang ketiga mendapat separuh sebab dia menarik seorang lagi di atasnya, maka gugur separuh. Orang keempat mendapat Diyat penuh kerana dia tidak melakukan apa-apa jenayah menarik orang lain.

Yang bertanggungjawab membayar pampasan ini ialah semua orang-orang yang hadir dan keluarga mereka kerana mereka yang bersesak-sesak itu menyebabkan 4 orang tadi jatuh dan mati. Kes ini kemudian dirujuk kepada Nabi S.A.W dan Baginda mengiktiraf dan mengakui keputusan yang dibuat oleh Sayyidina Ali.

Kitab: A’lam Muwaqi’in Syeikh Ibnul Qayyim

MOHD MAHYUDDIN MOHD YUSOFF – HARAKAHDAILY 22/3/2020

- Advertisement -