Lima sebab anak muda perlu pilih PN

PRK N.20 DUN Sungai Bakap

- Advertisement -

NIBONG TEBAL: Terdapat lima sebab kepada anak muda mesti memilih PERIKATAN NASIONAL (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.20 DUN Sungai Bakap.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad berkata, PN membawa pendekatan politik yang matang dan sejahtera, iaitu berbicara dengan fakta dan bukti.

“Kita tidak mengamalkan politik dendam dan tidak menyalahgunakan kuasa untuk mengenakan tindakan tatatertib kepada penjawat awam yang meminta bantuan daripada pihak pembangkang.

“Ini menunjukkan komitmen mereka terhadap integriti dan profesionalisme,” katanya pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda PN di Unit Daerah Mengundi (UDM) Sungai Kechil, di sini hari ini.

Ujarnya lagi, PN juga menepati janji manifesto dan melaksanakan segala yang telah dijanjikan termasuk menyelesaikan isu-isu kritikal seperti masalah air, isu babi yang banyak di Sungai Bakap dan banjir kilat.

“Kita menunjukkan kredibiliti melalui tindakan yang nyata dan berkesan dalam tempoh singkat,” tambah beliau.

Selain itu menurut beliau, PN mengamalkan keterbukaan dengan membenarkan pimpinan mereka dikritik seperti mengadakan konvensyen untuk mendengar pandangan dari pelbagai pihak dan membenarkan kebebasan bersuara.

“Ini menunjukkan komitmen kita terhadap demokrasi dan keterbukaan dalam menerima maklum balas dan kritikan,” jelas Dr. Siti Mastura, selain katanya PN juga memastikan keadilan untuk semua masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Kepimpinan terdahulu di bawah arwah Abang Zam telah menunjukkan bahawa kita tidak memilih bulu dalam memberikan bantuan kepada masyarakat, mencerminkan prinsip keadilan dan kesamarataan yang dipegang oleh PN,” katanya.

Tambahnya lagi, calon PN bukan sahaja mewakili individu, tetapi mewakili parti yang memandu arah politik untuk kebaikan akhirat, bukan untuk kepentingan peribadi.

“Kita berupaya memastikan bahawa walaupun tiada peruntukan khas, wakil rakyat dari PN tetap memberikan bantuan dan peruntukan kepada rakyat, menunjukkan komitmen kita kepada kebajikan masyarakat,” ujarnya.

Dengan prinsip-prinsip itu, Dr. Siti Mastura percaya bahawa memilih PN adalah pilihan yang tepat bagi anak muda khasnya di Sungai Bakap. – HARAKAHDAILY 21/6/2024

- Advertisement -