Kanak-kanak lelaki maut dilanggar kereta bapa

Gambar hiasan
- Advertisement -

BESUT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lapan bulan maut selepas bapanya secara tidak sengaja melanggar mangsa ketika mengalihkan kenderaan pacuan empat roda miliknya di Kampung Wakaf Kubor, dekat Kampung Raja, di sini pada Rabu (29 Mei).

Ketua Polis Daerah Besut, Superitenden Abdul Rozak Muhammad berkata, kejadian itu berlaku pada jam 9.30 pagi ketika bapa mangsa sedang mengalihkan kenderaannya selepas selesai mencuci di halaman rumah mereka. 

- Advertisement -

“Bapa mangsa tidak menyedari anaknya yang sedang bermain telefon bimbit di atas tangga rumah telah bergerak menuju ke arah kereta yang sedang dialihkan itu lalu melanggarnya,” katanya.

Tambah beliau, mangsa kemudiannya di bawa ke Klinik Kesihatan Gong Medang oleh bapanya sebelum disahkan meninggal dunia sekitar jam 10,30 pagi ketika sedang menerima rawatan di klinik berkenaan.

Menurut Abdul Rozak lagi, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saya menasihatkan individu yang mempunyai anak kecil agar lebih peka dan berhati-hati kerana risiko kemalangan seperti ini kerap berlaku di kawasan rumah sendiri,” katanya. –HARAKAHDAILY 30/5/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -