LPT3: JKR ambil maklum, tunggu keputusan Pusat

Hanafiah Mat
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pelaksanaan kerja awalan bagi Lebuhraya Pantai Timur (LPT3) dengan kos RM35 juta.

- Advertisement -

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Hanafiah Mat semua skop kerja awalan telah siap pada Disember 2021.

“Pembentangan penuh laporan kerja awalan termasuk penentuan jajaran jalan yang muktamad dan anggaran kos projek kepada agensi pusat telah dibentangkan pada pertengahan 2022 untuk mendapatkan hala tuju dan seterusnya kelulusan pelaksanaan projek,” ujarnya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian semasa menjawab soalan Dr Riduan Mohamad Nor (PAS-Jerteh) yang bertanya apakah usaha kerajaan negeri untuk lanjutan pembinaan LPT3.

Setakat ini, katanya Jabatan Kerja Raya mengambil maklum berkenaan perancangan untuk pembinaan LPT3 dan menunggu keputusan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakannya.

Menurut ADUN Cukai itu lagi, anggaran jarak laluan LPT3 adalah 122 kilometer bermula dari Kampung Gemuruh, Kuala Terengganu dan tamat di Tunjong, Kota Baharu. – HARAKAHDAILY 25/4/2024

- Advertisement -