Kenaikan cukai tanah baharu di peringkat kajian

- Advertisement -

BALING: MenterI Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan setakat ini kerajaan negeri belum mengumumkan kenaikan cukai tanah sepertimana didakwa oleh pihak tertentu.

- Advertisement -

Katanya, perkara itu masih di peringkat kajian dan akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun sebelum dibuat keputusan.

“Kerajaan negeri akan buat kajian dulu tapi geng-geng walanon dah sibuk viral Nusi umum naikkan cukai tanah. Tapi yang dok kata tu bukan ada tanah dan bukan orang Kedah pun,” katanya di sini.

Jelasnya lagi, kenaikan cukai tanah akan berlaku mengikut undang-undang setiap 10 tahun.

Justeru, ujarnya selepas tempoh 10 tahun itu, akan berlaku kenaikan cukai terutama melibatkan tanah industri dan komersial.

“Buat kajian pun telan kos hingga RM6 juta. Baru kaji. Tetapi selepas 10 tahun, tanah-tanah komersial dan industri tentulah ada kenaikan. Jadi target kita menjelang 2028 kutipan hasil meningkat RM1 billion,” jelasnya lagi.

Kata Sanusi lagi, pembangunan industri di Kedah kini sedang rancak sama ada di Kulim, Sungai Petani, Gurun dan Bukit Kayu Hitam.

Kerancakan pembangunan itu, tegasnya akan membawa impak dan faedah kepada rakyat termasuk peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan. – HARAKAHDAILY 23/4/2024

- Advertisement -