Ribut petir, hujan lebat, angin kencang di beberapa negeri

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. (FOTO: Facebook/METMalaysia)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak hingga 7 malam ini.

METMalaysia dalam kenyataan berkata, amaran cuaca itu diramal berlaku di Kedah dijangka membabitkan Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala Perak di Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah dan Kampar.

- Advertisement -

Menurutnya, Terengganu dijangka membabitkan Hulu Terengganu dan Dungun, manakala Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Ramalan cuaca sama dijangka berlaku di Selangor membabitkan Klang dan Kuala Langat, manakala Negeri Sembilan di Jelebu, Jempol dan Tampin, serta Johor di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Pontian.

“Sarawak pula dijangka berlaku di Sri Aman, Sibu (Sibu dan Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Telang Usan) dan Limbang, manakala Sabah di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, orang ramai boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – HARAKAHDAILY 17/4/2024

- Advertisement -