Wellnes Hub bantu tingkat gaya hidup sihat

- Advertisement -

ALOR SETAR: Rakyat Kedah dinasihatkan agar mengamal gaya hidup sihat di samping mempelajari pengurusan kesihatan diri.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria, berkata Wellnes Hub yang diwujudkan oleh Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Kota Setar, mampu membantu orang ramai yang ingin mengubah amalan gaya hidup sihat.

“Menjadi kerugian kepada masyarakat terutama yang berdekatan sekiranya tidak mengunjungi Wellness Hub ini.

“Di sini bukan sahaja boleh dapatkan khidmat kaunseling dan motivasi serta kemahiran mengubah gaya hidup sihat malah perkhidmatan kesihatan yang diberikan adalah secara percuma,” katanya di sini.

Terdahulu ketika kunjungannya ke pusat tersebut, beliau diberi taklimat berkenaan peranan serta fungsi Wellnes Hub itu diwujudkan.

Selain itu kata Mansor, sesiapa yang inginkan kaunseling pengurusan berat badan boleh hadir ke pusat berkenaan malah di situ juga terdapat pusat gym, sauna dan pemeriksaan kesihatan.

“Pakat mai ramai-ramai. Jangan lepaskan peluang demi kesihatan diri sendiri,” tambah beliau. – HARAKAHDAILY 17/4/2024

- Advertisement -