‘Politik dendam ke?’

Mohd Yusni Mat Piah
- Advertisement -

KEPALA BATAS: Program Sukan Masjid (SUKMAS) Kepala Batas yang akan diadakan di Pusat Rekreasi Rantau Panjang, Penaga SPU Kepala Batas dari 27 hingga 28 April ini dilihat mempunyai kepentingan politik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah berkata, program tersebut tidak melibatkan ADUN Penaga walaupun diadakandi kawasan DUN Penaga serta dana sebanyak RM1,000 perlu disumbang dari tabung setiap masjid sekitar kawasan Kepala Batas.

- Advertisement -

“ADUN Pinang Tunggal serta Ahli Parlimen Kepala Batas tidak dijemput walaupun dibuat di kawasan Kepala Batas yang menunjukkan sesuatu yang tidak betul, dan hanya menjemput Penyelaras ADUN Penaga serta ADUN Bertam untuk memberikan ucapan.

“Politik dendam ke? Tanya sahaja. Masjid adalah simbol penyatuan ummah, semua orang Islam tanpa mengira fahaman politik terlibat dalam mengimarahkan masjid dan turut menyumbang untuk tabung pembangunan masjid,” katanya dalam satu kenyataan.

Namun katanya, pimpinan puak Umno-DAP (UMDAP) digunakan masjid untuk kepentingan politik sempit mereka. 

Hangpa tunggu sat… Kita panaskan sidang DUN Pulau Pinang nanti. Tok Mad kena bersedia. Jangan koyak,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/4/2024

- Advertisement -