Duit raya ‘drive thru’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Terserlah wajah kegembiraan sekumpulan kanak-kanak ‘bertuah’ apabila memperoleh duit raya pada tahun ini tanpa perlu berkunjung dari rumah ke rumah, tetapi secara ‘drive thru’

Sangat unik, kanak-kanak berkenaan meraih rezeki terpijak apabila diberikan sampul berisi duit raya daripada barisan kereta yang terperangkap dalam kesesakan trafik, pada Aidilfitri kali ini.

- Advertisement -

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita di platform TikTok menunjukkan sekumpulan kanak-kanak gembira menunjukkan duit raya yang mereka dapat hasil daripada kereta yang lalu pulang daripada kampung halaman.

“Niat nak ucap selamat hari raya dan hati-hati memandu buat semua tapi tidak sangka dapat duit raya,” tertera kapsyen wanita itu di TikTok miliknya, @adindatudungsarung.

Sememangnya, pemberian duit raya adalah rutin Aidilfitri yang menggembirakan untuk golongan kanak-kanak tetapi perubahan zaman menyaksikan pada raya tahun ini, ia dilakukan dengan cara yang agak unik.

Video tersebut (ketika berita ini ditulis) telah meraih 77.1K tontonan (views), 3010K tanda suka (likes) dan 208 komen di TikTok. 

Sementara tinjauan di ruangan komen, didapati ia mendapat respons positif daripada netizen. 

“Bagus patut diamalkan sebab menghidupkan suasana Aidilfitri itu sendiri, dan budak-budak seronok. Pemberi duit raya pun murah rezeki, semoga dipermudahkan perjalanan balik,” tulis @Saiful JPN9.

Sementara, @wakjo pula menulis, “Inilah kehebatan hari raya Aidilfitri…Allah Maha Adil lagi Maha Pengasih..rezeki yang tidak diduga.”

Namun, ada juga netizen yang menulis dengan nada lucu seperti @Fiqri Hero88 yang berbunyi, “Tahun depan confirm budak-budak tu buat tol terus.”

Sementara @Kuntom Pink pula menulis,” Tahu depan aku nak duduk tepi highway hala tol Gombak tu, babai2 (melambai-lambai) orang yang sangkut jem mana tahu dapat duit raya.”

Sesunguhnya pemberian duit raya juga boleh dianggap ibadah sedekah dan ia membuktikannya boleh mengeratkan hubungan sesama manusia. Sedekah juga dilihat amalan pembuka rezeki.

Allah SWT berfirman: “Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki.” (Saba: Ayat 34). – HARAKAHDAILY 16/4/2024

- Advertisement -