Perutusan Aidilfitri Menteri Besar Perlis

- Advertisement -

Allahuakhbar.
Allahuakhbar.
Allahuakhbar.

Sempena kehadiran bulan Syawal yang mulia marilah kita semua mengucapkan kesyukuran dan perbanyakkan zikir memuji Allah SWT.

- Advertisement -

Kita baru sahaja meninggalkan bulan yang penuh berkat, Bulan Ramadan. Seharusnya kita bermuhasabah adakah amalan kita diterima oleh Allah? Adakah kita mampu istiqamah menunaikan ibadah di bulan yang mendatang?

Saya menyeru buat semua umat Islam khususnya rakyat muslim di negeri Perlis agar terus lipat ganda ibadah kita kepada Allah SWT.

Sambutlah perayaan Aidilfitri pada kali ini dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. Elakkan pembaziran dan berkongsilah rezeki dengan semua terutama yang memerlukan.

Mudah-mudahan Allah terus mengurniakan kita semua keberkatan rezeki dan kesejahteraan dalam kehidupan.

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua.

تقبل الله منا ومنكم، كل عام وأنتم بخير
Mohd Shukri bin Ramli
Menteri Besar Negeri Perlis.
Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis.
– HARAKAHDAILY 10/4/2024

- Advertisement -