Sekat royalti juga adalah isu hak asasi manusia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa melihat hak asasi manusia secara bermasyarakat yang lebih besar termasuk negeri dan negara, selain hak asasi manusia secara individu seperti royalti petroleum Terengganu dan juga Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

- Advertisement -

Senator Hussin Ismail berkata, beliau berulang kali menyebut berkenaan hak asasi Negeri Terengganu misalnya dari sudut royalti yang tidak ada siapapun mungkin mahu melihat dalam gerak kerja di Malaysia. 

“Dibiarkan begitu saja. Terkapai-kapai kawan itu. Itu hak dia. Tetapi kenapa kita tidak perjuangkan bersama untuk mengembalikan hak asasi. Berapa lama misalnya isu MA63. Alhamdulillah sekarang bergerak. 

“Tapi mungkin sebelum ini tak berapa ramai suara hak asasi ini. Kita tekankan itu bukan hak asasi individu tetapi itu hak asasi masyarakat malahkan negeri sekali gus,” ujar beliau.

Hussin mengemukakan perkara tersebut semasa mengambil bahagian berucap pada Perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2023 di Dewan Negara, Parlimen, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang tidak melibatkan orang politik adalah merupakan satu lagi penafian hak asasi manusia.

“Betul tak? Ini juga pelanggaran hak asasi sebab rakyat Malaysia ni hampir 30 peratus adalah ahli parti politik. Dan ahli parti politik ialah orang yang peka kepada persoalan-persoalan yang berlaku di sekitar dia. 

“Jadi kalau dia tak masuk ahli politik itu orang yang tak peka, jadi saya fikir tak wajar diletakkan perkara itu. Apatah lagi yang ahli pun tak boleh. Ini pun satu hal. (Sila) ambil perhatian YB Menteri,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, oleh kerana yang dilantik adalah bukan orang politik tetapi dilantik oleh ketua politik akan menyebabkan boleh terlepas beberapa fokus yang berkait dengan politik.

“Misal contoh rakyat ramainya anak-anak yang tidak berIC (kad pengenalan), di sekitar bandar-bandar utama. Saya ada pusat di situ untuk beri makan orang-orang gelandangan dan anak-anak kecil yang di sini.

“500 ke 600 sehari kita beri bekal dia orang datang. Tapi sebahagian mereka tak ada IC tak menentu arah, tak ada pendidikan. Apakah mungkin SUHAKAM juga boleh (ditambahbaik) dalam konteks pemerkasaan, begitu juga dalam kes-kes yang lain.

“Berapa ramai masyarakat yang tidak menjadi kerakyatan di pantai Sabah? Memang isu ini isu yang kita tak seronok sebab ianya bercanggah dengan kepentingan kerajaan. Tapi mereka tak ada rakyat, mereka jadi rakyat antarabangsa. 

“Boleh saya sebut di pantai timur Sabah. Saya banyak petugas kemanusiaan di situ. Mereka tak ada kerakyatan duduk dalam perahu, Bajau Laut,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 2/4/2024

- Advertisement -