Mahkamah arahkan McDonald’s di seluruh Sri Lanka ditutup

- Advertisement -

COLOMBO: Restoran makanan segera McDonald’s di seluruh Sri Lanka telah diarahkan ditutup pada hari ini, Ahad (24 Mac) Mahkamah Tinggi Komersial Colombo.

Mahkamah tersebut memerintahkan penutupan sehingga 4 April ini, selepas syarikat induk McDonald’s di Amerika Syarikat menuduh pemegang francais tempatan gagal memenuhi piawaian kebersihan antarabangsa.

- Advertisement -

“Penutupan itu diarahkan sementara menunggu siasatan,” kata seorang pegawai mahkamah, lapor AFP.

Beliau berkata, peguam untuk McDonald’s induk memberitahu mahkamah berkenaa  bahawa ia  telah menamatkan perjanjian francais dengan syarikat tempatan, Abans pada minggu lepas, dengan perbicaraan akan disambung pada awal April ini. – HARAKAHDAILY 24/3/2024

- Advertisement -