Draf resolusi AS elak gencatan senjata di Gaza – China

Zhang Jun (kanan) dan wakil Tetap Algeria ke PBB, Amar Bendjama mengundi menentang resolusi gencatan senjata AS untuk perang Gaza ketika mesyuarat Majlis Keselamatan PBB di New York City pada 22 Mac 2024; (FOTO: Getty Images melalui AFP)
- Advertisement -

NEW YORK CITY: Duta Besar China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun berkata Majlis Keselamatan pertubuhan dunia itu telah ‘mengheret kakinya’ terlalu lama dalam isu gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza.

- Advertisement -

“Draf AS (sebenarnya) mengelak isu gencatan senjata, kekal samar-samar dan mengelak daripada gesaan gencatan senjata segera di Gaza,” tegasnya mengundi menentang resolusi gencatan senjata AS untuk perang di Gaza dalam mesyuarat Majlis Keselamatan PBB di ibu pejabat PBB di New York City pada hari ini, Jumaat (22 Mac).

“(Resolusi) ini tidak mencapai jangkaan masyarakat antarabangsa,” tegasnya, lapor Al Jazeera

“Draf (resolusi) AS ini sebaliknya telah menetapkan syarat untuk gencatan senjata, yang tidak berbeza dengan memberi lampu hijau kepada pembunuhan beramai-ramai (genosid) berterusan penduduk Palestin di Gaza, yang tidak boleh diterima oleh dunia,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/3/2024

- Advertisement -