Gaza: Majlis Keselamatan PBB tolak draf resolusi AS

Duta Amerika Syarikat ke PBB, Linda Thomas-Greenfield dalam mesyuarat Majlis Keselamatan PBB di ibu pejabat PBB di New York City pada hari ini, Jumaat, 22 Mac 2024. (FOTO: Reuters)
- Advertisement -

NEW YORK CITY: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak meluluskan draf resolusi AS yang kononnya menyatakan keperluan untuk gencatan senjata segera yang akan membolehkan lebih banyak bantuan ke Semenanjung Gaza.

- Advertisement -

Terdahulu, dalam mesyuarat Majlis Keselamatan PBB di ibu pejabat PBB di New York City pada hari ini, Jumaat (22 Mac), dua ahli tetap Majlis Keselamatan PBB – Rusia dan China, selain Algeria (ahli bergilir) telah mengundi menentang draf resolusi yang digubal AS itu, manakala 11 negara daripada 15 anggota pertubuhan tersebut menyokong resolusi berkenaan; dan hanya satu negara, Guyana mengambil pendekatan berkecuali, lapor Al Jazeera.

Sekurang-kurangnya 31,988 rakyat Palestin terbunuh dan 74,188 yang lain cedera dalam serangan genosid Zionis Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023. – HARAKAHDAILY 22/3/2024

- Advertisement -