RSPO, MSPO patut dapat tangani boikot sawit

Bakri Jamaluddin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bakri Jamaluddin (PN-Tangga Batu) berkata, Malaysia sudah mempunyai standard The Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) dan Roundtable Sustainable Palm Oil (RSPO) yang sewajarnya dapat membantu menangani boikot minyak sawit daripada negara Kesatuan Eropah (EU).

“Kebanyakkan pemain utama dalam industri sawit ini mereka adalah ahli Roundtable Sustainable Palm Oil (RSPO). Dan sebenarnya garis panduan tentang ‘No Deforestation’ dan sebagainya telah jelas.

- Advertisement -

“Jadi sejauh mana sebenarnya RSPO dan MSPO ni boleh membantu kita untuk mengatasi masalah boikot daripada Kesatuan Eropah (EU)?” katanya sewaktu mengajukan soalan tambahan dalam sesi ‘Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri’ di Dewan Rakyat.

Beliau mengajukan soalan tersebut kepada soalan asal Teresa Kok Suh Sim (PH-Seputeh) yang meminta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan keputusan WTO terhadap rayuan Malaysia berkenaan diskriminasi EU terhadap minyak sawit

Iaitu minta Teresa sama ada masih membenarkan EU untuk melaksanakan Delegated Act yang mengharamkan minyak sawit sebagai biofuel menjelang 2030.

Menteri Perladangan Dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dalam jawapannya berkata, memang kedua-kedua standard itu membantu dalam berdepan dengan sekatan tersebut.

“Kalau kita tengok hari ini banyak kita punya eksport ini yang dibuat oleh pemain-pemain industri kita hari ini, mereka eksport ke Eropah kerana dia ada dua spesifikasi, mereka ada MSPO, mereka ada RSPO.

“Jadi RSPO ini diiktiraf antarabangsa. Kita punya MSPO ni ada separuh negara iktiraf, ada yang tak iktiraf. Jadi salah satu strategi yang kita buat ialah setiap wilayah seperti EUDR kita kena ‘engage’ dengan mereka, terangkan pada mereka tentang kita punya MSPO,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 21/3/2024

- Advertisement -