Jepun beri amaran peminat bola jangan ke Korea Utara

Pasukan bola sepak Jepun akan menentang Korea Utara dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia di Pyongyang pada 26 Mac 2024. (FOTO: Independant Newspaper Nigeria)
- Advertisement -

TOKYO: Jepun telah memberi amaran kepada peminat bola sepak supaya tidak cuba pergi ke Korea Utara untuk perlawanan menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Dunia minggu depan di Pyongyang.

Kementerian Luar Tokyo ‘dengan tegas meminta orang ramai untuk mengelak’ daripada menghadiri perlawanan pada 26 Mac nanti, yang pertama bagi kedua-dua pihak di Korea Utara sejak tahun 2011.

- Advertisement -

“Seperti yang anda tahu, Korea Utara memandang buruk Jepun dan perjalanan ke sana tidak disyorkan untuk orang awam,” ujar kenyataan kementerian tersebut di platform X.

Jepun dan Korea Utara akan bertarung di Tokyo pada Khamis (21 Mac) ini sebagai sebahagian daripada kelayakan ke Piala Dunia 2026, sebelum perlawanan timbal balik minggu depan di Pyongyang.

Nasihat Jepun untuk warganya adalah untuk tidak pergi ke Korea Utara tetapi ia tidak secara nyata melarang mereka daripada berbuat demikian, namun kedua-dua negara tidak mempunyai hubungan diplomatik.

Tidak jelas berapa ramai peminat, jika ada, akan cuba ke Pyongyang, kerana mereka memerlukan visa Korea Utara untuk berbuat demikian.

Empat belas pegawai kerajaan bagaimanapun akan mengiringi pasukan Jepun untuk perlawanan itu serta sebilangan kecil saluran media, penyiar Jepun, NHK.

Dalam pada itu, pusingan pertama playoff wanita mereka untuk Sukan Olimpik Paris telah ditukar dari ibu negara Korea Utara ke gelanggang neutral di Arab Saudi pada bulan lepas.

Hubungan telah lama terjejas oleh isu-isu termasuk pampasan untuk pendudukan kejam Jepun di semenanjung Korea antara 1910 dan 1945 dan baru-baru ini oleh Pyongyang yang menembak peluru berpandu ke wilayah Jepun.

Penculikan oleh ejen Korea Utara warga Jepun pada tahun 1970-an dan 1980-an – dipaksa untuk melatih pengintip dalam bahasa dan adat Jepun – juga telah lama menjadi pertikaian utama.

Perlawanan Khamis di Tokyo dijangka menyaksikan kontinjen besar penyokong Korea Utara dari kalangan komuniti etnik Korea Jepun yang sudah lama wujud kira-kira 300,000 orang.

Kebanyakannya adalah keturunan orang awam yang diambil dari rumah mereka semasa penjajahan Jepun di semenanjung Korea. – HARAKAHDAILY 20/3/2024

- Advertisement -