Tuan Guru utus Warkah Menjunjung Kasih kepada Sultan Selangor

Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi Awang telah mengutuskan warkah Menjunjung Kasih kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pejabat Presiden PAS dalam kenyataan ringkas pada hari ini memaklumkan, warkah bertarikh semalam itu diserahkan kepada Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin, Datuk Muhamad Munir Bani.

- Advertisement -

“Adalah dimaklumkan bahawa suatu warkah Menjunjung Kasih kepada DYMM Sultan Selangor diutus dan diserahkan kepada Dato’ Lela Bakti Setiausaha Sulit Baginda Tuanku, bertarikh 4 Mac 2024. Menjunjung Kasih Tuanku,” ujar kenyataan ringkas yang dimuat naik di Facebook rasmi Abdul Hadi.

Terdahulu, pihak polis dari Bukit Aman hadir di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada hari ini bagi merakam keterangan Tuan Guru. – HARAKAHDAILY 5/3/2024

- Advertisement -