1,000 hadir Majlis bacaan Yasin sempena Nisfu Syaaban

Mufti Kelantan, Dato' Mohamad Shukri Mohamad memimpin majlis bacaan surah Yasin dan doa.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Lebih 1,000 orang jemaah hadir pada Majlis Bacaan Surah Yasin sempena Malam Nisfu Syaaban yang berlangsung di Masjid Muhammadi malam tadi.

Majlis diserikan dengan keberangkatan Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan lsmail Petra disambut oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Panglima Perang, Mohd Nassuruddin Daud.

- Advertisement -

Turut hadir pada majlis tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan Mohd Asri Mat Daud, anggota-anggota exco kerajaan negeri yang lain.

Menteri Besar, Dato’ Nassuruddin Daud menyambut ketibaan Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Dato’ Sri Amar DiRaja Dato’ Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan.

Majlis tersebut dipimpin oleh Mufti Kelantan, Dato’ Mohamad Shukri Mohamad yang bermula 7.25 malam (waktu Maghrib) dan berakhir selepas solat Isyak berjemaah.

Sementara itu seluruh masjid dan surau di negeri Kelantan turut mengadakan majlis yang serupa iaitu bacaan yasin beramai-ramai.

Meskipun tiada amalan khusus yang dianjurkan, namun umat Islam digalakkan untuk menambah amalan soleh di bulan yang mulia ini sebagai persediaan untuk menyambut bulan Ramadan al-Mubarak yang bakal tiba.– HARAKAHDAILY 25/2/2024

- Advertisement -