Wanita berpendidikan bantu jelas isu berkaitan Islam

- Advertisement -

KOTA BHARU: Golongan wanita terutamanya yang berpendidikan perlu lebih efektif bagi memberi pendedahan berkaitan Islam dan wanita kepada masyarakat untuk mengelak sebarang kekeliruan.

- Advertisement -

Timbalan Menteri Besar Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, sudah tiba masanya wanita-wanita yang berpengetahuan mengambil peluang terutama menjawab sesuatu perkara yang dibangkitkan rakyat.

Katanya, golongan wanita ramai berpendidikan mempunyai ilmu yang tinggi mampu memberi pendedahan selain menjawab sesuatu perkara yang dibangkitkan terutama melibatkan kedudukan wanita dalam Islam.

“Antara isu sentiasa dimainkan pihak luar untuk mencari kelemahan dalam sistem Islam adalah mengenai kedudukan wanita.

“Saya melihat hari ini yang lebih efektif bagi menjawab dan menjelaskan kepada masyarakat adalah wanita sendiri memandangkan mereka mempunyai ilmu dan pengetahuan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung DWI Tahunan Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan (PURNAMA) di sini, hari ini.

PURNAMA merupakan badan bukan kerajaan yang dianggotai isteri-isteri wakil-wakil rakyat di Kelantan yang dipengerusikan isteri menteri besar.

Gerak kerja memfokus program-program kebajikan terutamanya membantu penduduk miskin dan mereka yang ditimpa kesusahan. Selain itu menyediakan kuih raya untuk anggota keselamatan setiap kali menjelang Aidilfitri.

- Advertisement -