Ketepikan ajaran al-Quran: Khamenei kritik ketua negara Islam

Ayatollah Seyed Ali Khamenei kesal dengan sikap ketua-ketua negara Islam yang kian tdak mempedulikan ajaran dan arahan al-Quran; (FOTO: BBC)
- Advertisement -

TEHRAN: Pemimpin Revolusi Islam Iran,  Ayatollah Seyed Ali Khamenei telah mengkritik ketua-ketua negara Islam kerana tidak mengikuti ajaran dan arahan al-Quran dalam isu Gaza, yang  tidak memutuskan hubungan diplomatik dengan rejim Zionis.

Khameni sebaliknya memuji kesungguhan perjuangan pasukan pejuang penentang Palestin yang menentang kekejaman Zionis Israel kerana mengikuti al-Quran dengan teliti.

- Advertisement -

“Hari ini, pasukan penentangan Gaza dan Palestin, mengikuti ajaran dan arahan kitab suci al-Quran dengan menentang musuh Zionis yang jahat, mengikuti arahan al-Quran,” kata Khamenei dalam  pertemuan dengan peserta Pertandingan al-Quran Antarabangsa ke-40 pada pagi Jumaat (23 Feb), lapor khamenei .ir.

Melabelkan konflik di Gaza sebagai ‘isu penting’ dunia Islam hari ini, Khamenei mengutarakan persoalan tentang adakah ketua-ketua dan pegawai-pegawai negara Islam benar-benar mengikuti arahan dan ajaran al-Quran apabila beliau berkata: “Orang yang beriman tidak boleh bersahabat dengan orang-orang yang tidak beriman.”

“Kenapa ketua-ketua negara Islam tidak bertindak secara terbuka untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan rejim Zionis yang membunuh secara beramai-ramai rakyat Palestin, dan mengapa tidak berhenti membantu rejim ini?” soal beliau.

Khamenei seterusnya memberi amaran bahawa Allah SWT Yang Maha Kuasa akan mempersoalkan dan menegur negara-negara Islam kerana mereka tidak memberi tekanan kepada kerajaan mereka untuk berhenti menyokong rejim Zionis, dan juga terhadap kerajaan Islam kerana mereka tidak mengikut perintah al-Quran.

Beliau menegaskan bahawa dunia Islam dan orang ramai yang memperjuang hak asasi kemanusiaan di dunia hari ini sedang berkabung untuk penduduk Gaza.

“Penduduk Gaza telah ditindas oleh mereka yang tidak mempunyai kompas moral,” katanya sambil menambah bahawa  tugas terbesar terletak pada menyokong penduduk Gaza yang tertindas, ketabahan berani pasukan penentang, dan mereka yang membantu penduduk Gaza .

“Harapan kami untuk rahmat dan pertolongan Allah SWT tidak akan berakhir, dan dunia Islam pasti akan menyaksikan kemusnahan tumor kanser Zionis,” tegasnya.

Selain itu, Khamenei  menganggap bacaan al-Quran dan teknik serta seni bacaan kitab suci umat Islam itu sebagai salah satu cara berkesan untuk menggalakkan umat Islam membiasakan diri dan memahami ajarannya.

“Malangnya, hari ini aduan Rasulullah SAW  kepada Allah SAW tentang umat Islam yang meninggalkan al-Quran adalah salah satu realiti pahit di banyak bahagian dunia Islam,” katanya.

Merujuk kepada ayat-ayat al-Quran yang menggambar dan memperkenalkan al-Quran, beliau menambah, “Al-Quran adalah ‘Kitab Hidayah’, ‘Kitab Zikir dan Penghilang Kelalaian’.

“Ia adalah ‘Buku Kebijaksanaan, Cahaya dan Logik’. Imam Ali yang merupakan seorang penuntut al-Quran yang terkemuka, telah menyifatkan kitab syurgawi ini sebagai kitab yang menghidupkan hati dan mengubati penderitaan besar manusia.”

“Mereka yang menganggap al-Quran sebagai kitab yang harus diletakkan di ‘sudut terpencil’ dan sekadar untuk hubungan peribadi manusia dengan Tuhan, dan tidak menyokong idea ‘politik Islam’ atau ‘sistem sosial Islam’ sebenarnya bercanggah dengan ajaran al-Quran itu sendiri dan huraian al-Quran oleh Imam Ali,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/2/2024

- Advertisement -