Ronaldo berang, lempar pingat perak kepada penonton

Detik-detik Ronaldo yang berang selepas menerima pingat perak Piala Riyadh sebelum melemparkan pingat itu ke arah penonton sejurus keluar dari padang menuju ke bilik persalinan di Riyadh, Arab Saudi pada hari ini, 11 Feb 2024. (FOTO: Daily Mail.co.uk)
- Advertisement -

RIYADH: Seorang peminat telah berjaya merakamkan gelagat Cristiano Ronaldo yang berang meninggalkan padang selepas menyaksikan pemain Al-Hilal, Sergej Milinkovic-Savic dianugerahkan MVP utama untuk Piala Riyadh – sebelum melemparkan pingat naib juaranya kepada penonton.

Selepas mengalami kekalahan 2-0 dalam perlawanan musim akhir Piala Riyadh, Ronaldo menyaksikan majlis anugerah itu dari jauh ketika Milinkovic-Savic mengumpul trofinya bersama-sama Aleksandar Mitrovic memenangi anugerah Pemain Kejohanan.

- Advertisement -

Ronaldo yang kelihatan kurang gembira dengan senario itu kemudiannya kelihatan sudah cukup tidak sabar-sabar meluru keluar dari padang, lapor Daily Mail.co.uk pada Ahad (11 Feb),

Namun, sebelum menuju ke bilik persalinan, Ronaldo kemudian melemparkankan pingat perak yang diraihnya ke udara ke tempat penonton.

Ia satu lagi tamparan pahit buat bintang tersohor Portugal itu, yang turut ditewaskan oleh Milinkovic-Savic dalam kategori pemain terbaik Piala Juara-Juara Club Arab pada sesi pramusim.  HARAKAHDAILY  11/2/2024

- Advertisement -