‘Kami hanya posmen’

Bakri Jamaluddin bersama-sama kanak-kanak dalam program 'Back To School' anjuran Lajnah Kebajikan Dan Keprihatinan Sosial PAS Melaka di di Pasar Raya Mydin MITC, Ayer Keroh, Melaka pada hari ini, 11 Feb 2024,
- Advertisement -

AYER KEROH: Aktiviti kebajikan dalam PAS hanya melibatkan sumbangan daripada ahli-ahli dan orang ramai yang menghulurkan sumbangan, tanpa peruntukan kerajaan.

Ahli Parlimen Tangga Batu, Bakri Jamaluddin berkata, ini menjadikan peranan PAS adalah seumpama posmen yang menyampaikan sumbangan dari orang ramai kepada rakyat yang memerlukan di luar sana.

“Kami Ahli Parlimen Perikatan Nasional tidak menerima apa-apa peruntukan daripada kerajaan walau pun satu sen. 

- Advertisement -

“Namun, alhamdulillah atas kesedaran sahabat-sahabat kita yang ingin melakukan kebaikan, berlumba-lumba melakukan kebajikan, merekalah yang memberi dana,” ujarnya.

Tambah beliau, semua itu berlaku kerana mereka yakin bahawa Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka amanah terhadap segala bantuan yang mereka sumbangkan.

Beliau berkata demikian ketika  mewakili Pesuruhjaya PAS Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail bagi merasmikan program ‘Back To School’ anjuran Lajnah Kebajikan Dan Keprihatinan Sosial PAS Melaka.

Bakri ditemani Imarn melayan kanak-kanak dalam program ‘Back To School’ anjuran Lajnah Kebajikan Dan Keprihatinan Sosial PAS Melaka.

Dalam program yang berlangsung di Pasar Raya Mydin MITC, di sini, hari ini, seramai 50 orang pelajar kurang berkemampuan dari seluruh Negeri Melaka telah dibawa untuk membeli-belah pakaian sekolah bernilai RM150.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman; Pengerusi Lajnah Kebajikan Dan Keprihatinan Sosial, Mohsin Ibrahim dan pimpinan-pimpinan PAS tempatan.

Tambah Bakri, beliau yakin rakan-rakannya, terutama dari Lajnah Kebajikan dan Keperihatinan Sosial PAS Melaka, di bawah pimpinan Haji Mohsin, lebih kepada hanya sebagai posmen. 

“Orang sampaikan kepada kami, kami tunaikan amanah, kami sampaikan. 

Bakri memakaikan baju sekolah kepada seorang kanak-kanak sempena program ‘Back To School’.

“Mudah-mudahan apa-apa yang mereka berikan kepada kita akan sampaikan kepada anak-anak tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Itulah sebenarnya harta yang kita bawa bertemu dengan Allah SWT,” katanya.

Dalam program yang berlangsung di Pasar Raya Mydin MITC, di sini, hari ini, seramai 50 orang pelajar kurang berkemampuan dari seluruh Negeri Melaka telah dibawa untuk membeli-belah pakaian sekolah bernilai RM150.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman, Pengerusi Lajnah Kebajikan Dan Keprihatinan Sosial, Mohsin Ibrahim dan pimpinan-pimpinan PAS tempatan.  HARAKAHDAILY  11/2/2024

- Advertisement -