FamilyMart batal kerjasama syarikat Israel 

Netizen memberi respons yang positif dalam ruangan komen di Facebook FamilyMart Malaysia, susulan langkah syarikat itu yang kini memboikot Israel.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemegang saham terbesar FamilyMart Co Ltd, Itochu Corporation akan menamatkan memorandum persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat pertahanan Israel, Elbit Systems.

FamilyMart Malaysia menerusi satu kenyataan di Facebook, menyedari mengenai seruan di media sosial untuk memboikot FamilyMart di negara ini.

- Advertisement -

Terdahulu, pada Mac 2023, dilaporkan bahawa Itochu Aviation, iaitu syarikat kepada Itochu Corporation telah menandatangani MoU bersama Nippon Aircraft Supply dan Elbit Systems untuk mengimport teknologi pertahanan ke Jepun bagi tujuan keselamatan negara itu.

“Kami dimaklumkan bahawa pada 5 Februari 2024 oleh FamilyMart Co. Ltd. Japan bahawa Itochu Aviation akan menamatkan MoU itu, seperti yang dilaporkan dalam berita di Jepun.

“Keputusan itu dibuat bagi menyokong sokongan kerajaan Jepun terhadap perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa baru-baru ini, termasuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza.

“FamilyMart Malaysia mengulangi pendirian bahawa kami tidak menyokong keganasan atau pembunuhan dan kami tidak menyumbang atau menderma atau berurusan dengan Israel,” katanya.

Sementara itu, di laman Facebook syarikat berkenaan, rata-rata pengguna media sosial mengucapkan terima kasih kepada Itochu Corporation dan FamilyMart atas keprihatinan pengguna untuk memboikot produk Israel.  HARAKAHDAILY  6/2/2024

- Advertisement -