Ketua Red Bull disiasat atas kelakuan ‘tidak wajar’

Christian Horner di samping isterinya, Geri Halliwell. (FOTO: People Magazine)
- Advertisement -

LONDON: Ketua Red Bull, Christian Horner yang juga suami kepada salah seorang anggota Spice Girls, Geri Halliwell kini sedang disiasat berhubung dakwaan berkelakuan ‘tidak wajar’ terhadap rakan sekerjanya.

Gergasi Formula Satu (F1) itu sedang meneliti dakwaan yang dibuat terhadap bapa kepada dua anak berusia 50 tahun itu oleh seorang kakitangannya.

- Advertisement -

Kenyataan pasukan juara dunia Max Verstappen itu, berkata ia mengambil dakwaan itu sebagai ‘sangat serius’, lapor Daily Mail.

“Selepas dimaklumkan tentang dakwaan tertentu baru-baru ini, Red Bull telah melancarkan siasatan bebas.

“Proses ini, yang sudah dijalankan, sedang dijalankan oleh peguam pakar luar. Syarikat memandang serius perkara ini dan siasatan akan diselesaikan secepat mungkin. Tidak sesuai untuk mengulas lanjut buat masa ini,” ujar kenyataan Red Bull pada hari ini, Isnin (5 Feb).

Horner yang mengetuai Red Bull sejak 2005 dalam jawapannya bagaimanapun menafikan sepenuhnya dakwaan tersebut.  HARAKAHDAILY  5/2/2024

- Advertisement -