Islam melahirkan wanita sejahtera dunia akhirat

Salamiah Mohd Nor
- Advertisement -

TEMERLOH: Melalui kefahaman agama yang menyeluruh akan melahirkan para wanita yang sejahtera dunia dan akhirat, kata Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Nor.

- Advertisement -

Beliau meneruskan tugas sebagai seorang ustazah walaupun sudah bergelar Yang Berhormat.

Menurut beliau, tugas memberi ilmu kepada warga Temerloh khususnya golongan wanita menjadi agenda utama pada tahun 2024. 

Katanya kelas agama itu diadakan pada pagi Jumaat baru-baru ini di Masjid Nurul Iman Sungai Gau bermula munajat dan tadabbur surah Al-Kahfi.

Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat itu bersyukur kerana pertemuan yang dirancang dapat menautkan ukhuwah dan memberi peluang menambah ilmu dan amal dalam kalangan kaum wanita Temerloh.

Menurut beliau, tadabbur surah al-Kahfi ayat 22-23 mengingatkan didikan Allah kepada umat Muhammad supaya bersandar dengan lafaz ‘insya-Allah’ dalam percakapan supaya tidak memberi kepastian dalam perkara yang belum diketahui.

Katanya, sebutan insya-Allah sebagai adab pergantungan manusia kepada Allah.

Selepas tamat kelas pengajian tersebut beliau meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur atas tugasan sebagai pimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat. – HARAKAHDAILY 5/2/2024

- Advertisement -