‘Mendidik anak dalam dunia moden sangat mencabar’

- Advertisement -

SANDAKAN: Setiausaha PAS Sabah, Sahar Abd Majid berkata, menjadi tanggungjawab dan kewajipan ibu bapa untuk membimbing dan mendidik anak dengan biah Islam.

- Advertisement -

Menurutnya, dengan penerapan biah Islam itu, ibu bapa dapat mengharapkan anak-anak yang lahir menjadi seorang anak yang mempertahankan akhlak dan akidahnya.

Menurutnya, dengan adanya suasana biah Islam itu mampu membawa diri dan keluarga ke dunia hadapan bukan sahaja konteks dunia moden tetapi sehingga bertemu dengan Allah SWT.

“Saya faham cabaran dalam kita mendidik anak pada hari ini tidak semudah yang difikirkan.

“Mendidik anak dalam dunia moden ini sangat mencabar. Tambahan pula kemajuan teknologi yang semakin maju menjadikan anak-anak leka jika tidak dibendung dan terkawal,” ujarnya ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Prestasi PASTI Kawasan Sandakan Kali Ke-33 di Dewan Serbaguna Libaran, di sini semalam.

Tambahnya, pentingnya anak-anak diisi dengan nilai-nilai hidup dan biah Islam agar kemenjadian anak-anak selari kehendak syariat Islam.

Hampir 500 orang murid PASTI telah menerima sijil tamat belajar di PASTI sempena majlis itu.

Hadir sama ialah, Ketua Pemuda PAS Sandakan dan Libaran, Azman Lapumdgar dan Aq Madi Hamsi. – HARAKAHDAILY 5/2/2024

- Advertisement -