Lima tahun hadapi gangguan bekalan air

- Advertisement -

NIBONG TEBAL: Penduduk perumahan Widuri dekat sini dihambat rasa kesal dan marah terhadap pengurusan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

- Advertisement -

Seorang penduduk Azmi Jamri berkata pada 10 hingga 14 Januari gangguan air dijadualkan berlaku di seluruh negeri, bagaimanapun pada hari berikutnya bekalan air dipulihkan.

Namun katanya, bekalan air di penempatannya kembali terganggu menyebabkan pengguna panik.

Menurutnya, sebuah keluarga ditimpa kemalangan kecil dan mengalami luka ringan di kaki kerana berulang-alik mengangkut air pada minggu lalu.

Katanya lagi, keluarga berkenaan bagaimanapun memutuskan menginap sementara di rumah saudara mereka yang terletak di Bagan Serai, Perak sehingga selesai kemelut gangguan air.

“Gangguan air di Widuri ini sebenarnya sejak lima tahun lalu tetapi tidak pernah selesai. Peristiwa minggu lalu adalah sebahagian resam hampir seluruh masyarakat di Taman Perumahan Widuri.

“Kami hampir putus asa dengan isu air yang tidak pernah selesai. Kalau orang lain di luar daripada tempat kami panik sebab tidak air selama empat hari, bayangkan kami yang terpaksa melalui masalah ini selama lima tahun,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 15/1/2024

- Advertisement -