MB Kedah komited jalin hubungan dengan NGO Islam

- Advertisement -

ALOR SETAR: Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor sentiasa komited menjalin hubungan bersama semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

- Advertisement -

Justeru pertemuan bersama gabungan NGO Islam Kedah yang diwakili Setiausaha Politiknya, Zulkifli Yahaya bukan sahaja membincangkan isu-isu berkaitan sebaliknya mengukuhkan hubungan dua hala.

“Antara yang dibincangkan pada perjumpaan bersama NGO Islam Kedah ini, termasuklah berkenaan isu-isu yang memerlukan solidariti bersama selain sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar dalam mempertahankan agama, bangsa dan tanah air,” kata beliau pada perjumpaan yang diadakan di Wisma Darul Aman, hari ini. (Foto atas)

Perjumpaan bersama 41 NGO Islam seluruh Kedah itu dihadiri wakil persatuan masing-masing. 

Kata Zulkifli lagi, sokongan NGO berkenaan bukan sahaja membantu menjayakan misi serta visi Kedah tetapi keampuhan kepimpinan kerajaan PERIKATAN NASIONAL (PN) menuju kesejahteraan rakyat. – HARAKAHDAILY 15/1/2024

- Advertisement -