Kenapa kerajaan tergesa-gesa gubal Akta Parlimen Jangka Tetap?

Shahrulufti Sharif
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan yang tergesa-gesa ingin menggubal Akta Parlimen Jangka Tetap (FTPA) dalam sidang Parlimen yang dijadualkan pada bulan Mac ini b jelas menunjukkan kebimbangan kerajaan kepada bayangannya sendiri.

Ketua Penerangan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Shahrulufti Sharif berkata demikian, sambil menambah bahawa negara ini mempunyai sistem demokrasi berpalimen yang sedia ada yang telah dilaksanakan sejak sekian lama lagi.

- Advertisement -

 “Namun begitu, kerajaan telah cuba untuk mengimplimentasi pemerintahan secara kuku besi melalui pellaksanaan akta tersebut secara terburu-buru.

“Oleh sebab itu, kami semua sebagai ahli parti PUTRA menentang penggubalan Akta FTPA kerana ini jelas menunjukkan kerajaan inginkan demokrasi yang bersifat kuku besi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurut beliau, seharusnya kerajaan perlu mempunyai perbincangan khusus mengenai perkara tersebut dengan semua pihak sebelum melakukan perkara tersebut.

Kata beliau, ini termasuklah perbincangan dengan ahli-ahli parlimen, ahli akademik, dan masyarakat umum yang mana perkara tersebut perlu dilakukan secara terbuka.

 “Namun, apa yang berlaku ialah sebaliknya tanpa mengambil pandangan daripada pakar-pakar dalam bidang berkaitan dan ini boleh menjejaskan kewibawaan Parlimen itu sendiri,

“Apabila kerajaan cuba menggubal akta ini secara tergesa-gesa maka jelas memberi isyarat bahawa kerajaan pada masa ini hanya mahu mengekalkan kuasa secara kuku besi,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menarik balik cadangan usul tersebut memandangkan setiap rakyat mempunyai hak menentukan masa depan negara ini atas nama sistem demokrasi berpalimen.

Tambah beliau, hak ahli-ahli parlimen juga perlu dihormati supaya sistem demokrasi sebegini tidak diabaikan oleh mana-mana pihak sekalipun.

“Maka, saya juga menyeru kepada setiap rakyat Malaysia untuk teruskan bersuara menentang akta ini walau apa pun kerana ini jelas hanya memberikan kepentingan kepada golongan yang tamak dan gilakan kuasa,” katanya.  HARAKAHDAILY  15/1/2024

- Advertisement -