Serangan udara di Myanmar: 15 maut termasuk kanak-kanak

Mayat mangsa yang terbunuh akibat serangan udara dilitupi selimut di sebuah bangunan di kampung Kanan, bandar Khampat di wilayah Sagaing pada hari Ahad, 7 Jan, 2024. (FOTO: Imtonline)
- Advertisement -

RANGOON: Sekurang-kurangnya 15 orang, termasuk kanak-kanak, telah terbunuh dalam serangan udara di sebuah kampung di barat laut Myanmar.

Negara itu sebelum ini telah diselubungi oleh pertempuran yang semakin ganas, dengan junta bertempur dengan lawan di utara dan timur.

- Advertisement -

Tragedi yang  melanda sebuah kampung di Perbandaran Khampat, daerah Tamu itu berlaku pada kira-kira jam 10:15 pagi (0415 GMT), lewat semalam tetapi dilapor hari ini oleh media tempatan yang menyatakan angka kematian mencecah 5 orang, termasuk kanak-kanak, dengan 20 yang lain cedera.

Namu dua saksi –  seorang lelaki dan seorang wanita yang enggan dikenali untuk keselamatan memberitahu AFP bahawa jumlah korban lebih tinggi.

“19 orang terbunuh, termasuk lapan kanak-kanak” kata lelaki itu, yang menambah dia melihat jet pejuang junta di atas kepalanya ketika serangan itu.

Menurutnya, bom pertama menyasarkan dua buah gereja di kampung itu, dan serangan kedua berlaku ketika orang ramai melarikan diri dari bangunan itu.

“Kebanyakan daripada mereka terbunuh di luar kawasan gereja ketika mereka berlari untuk melarikan diri. 

“Wanita dan kanak-kanak adalah antara yang terbunuh dalam serangan itu, yang menjadi lebih maut kerana orang ramai, katanya.

Secara keseluruhan jet itu menjatuhkan enam bom. Mereka menyasarkan dua gereja itu, tetapi bom terkena di luar kedua-dua gereja itu, dan turut meroskkan beberapa rumah berdekatan,” katanya.  HARAKAHDAILY  8/1/2024

- Advertisement -