PBT di Johor perlu contohi MBJB

Ahmad Nawfal Mahfodz
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) mencadangkan supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menambah lebih banyak parkir bagi warga emas dan OKU di tempat-tempat tumpuan seperti bank dan sebagainya.

- Advertisement -

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Ahmad Nawfal Mahfodz berkata, DPPNJ juga berharap pihak berwajib dapat memperketatkan lagi sistem keselamatan dikawasan Hotspot Jenayah seperti meletakkan kamera litar tertutup dan dipantau dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada pihak Majlis Bandaraya Johor bahru (MBJB) kerana telah menggunakan sistem digital penuh bagi bayaran parkir di kawasan pentadbirannya bermula 1 Ja 2024.

“MBJB telah menggunakan perkhidmatan bayaran kupon parkir secara hibrid sejak tahun 2016 lagi dan telah menaik taraf aplikasi MBJB Spot V2 bagi membolehkan penduduk di kawasan berkenaan membayar parkir secara digital,” katanya dalam satu kenyataan.

Johor mempunyai 16 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), tiga daripadanya bertaraf Majlis Bandaraya, tujuh bertaraf Majlis Perbandaran dan baki enam lagi bertaraf Majlis Daerah.  HARAKAHDAILY  6/1/2024

- Advertisement -