Bersedia untuk menangkan PN Selangor pada PRU16

Dato' Dr. Halim Tamuri
- Advertisement -

SHAH ALAM: “Kini masa untuk bekerja bukan masa untuk ‘honey moon’,” ujar Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr. Abdul Halim Tamuri mengingatkan kepada 22 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PERIKTAN NASIONAL Selangor.

- Advertisement -

Menurut beliau, 22 orang ADUN yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke 15 lalu, perlu bersedia untuk terus menangkan Selangor pada PRU16.

Beliau mengucapkan tahniah kepada PAS Selangor yang menang 10 kerusi pada PRU15 di bawah kepimpinan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi ketika menjadi pesuruhjaya.

“Kita harap kemenangan bertambah supaya dapat memerintah Selangor di masa akan datang.

“Bagi memastikan kemenangan PAS di Selangor, kita kena bersedia fikiran, kepakaran dan tenaga untuk memerintah negeri yang maju ini,” katanya dalam ucaptama Munaqasyah PAS Negeri Selangor di Ideal Convention Centre Shah Alam (ICCD) di sini, pagi ini.

ADUN Paya Jaras ini berkata, semua ahli dan pimpinan perlu mantapkan diri dengan program usrah, liqa fikri, tamrin kerana ia akan menjadi kekuatan dalam jemaah.

Selain itu beliau turut mengingatkan supaya setiap ahli perlu berusaha menambah cawangan ahli PAS.

Manakala kata beliau DHPP pula perlu melaksanakan tugas dan peranan mendekati non muslim dengan lebih efektif.

“Rapatkan saf bersama-sama rakan lain serta DHPP. Jangan tinggalkan sahabat kita dalam PKR dan Umno,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/1/2024

- Advertisement -