Israel bunuh Mousavi: Iran ikrar bertindak balas

Nasser Kan'ani. (FOTO: Al-Monitor)
- Advertisement -

TEHRAN: Jurucakap Kementerian Luar Iran Nasser Kan’ani mewakil kerajaan Iran mengecam serangan usara rejim Zionis Israel yang telah  kematian anggota kanan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Seyyed Razi Mousavi di Syria.

Mousavi mati syahid dalam serangan udara Israel ke atas daerah Zainabiyah di ibu negara Damsyik awal petang Isnin (25 Dis).

- Advertisement -

Mengeluarkan kenyataan kemudian pada lewat Isnin, Kan’ani mengecam tindakan pengganas  Israel itu dan berkata bahawa ‘perbuatan jahat ini adalah satu lagi tanda jelas sifat pengganas rejim Zionis’, lapor agensi berita ran, IRNA.

“Sejak penubuhannya, rejim Israel telah melakukan pelbagai  jenis jenayah dengan berulang kali dan berterusan melanggar peraturan antarabangsa,” tegas beliau sambil menambah bahawa rejim itu hari ini telah melakukan satu lagi tindakan pengganas yang pengecut dan agresif.

Diplomat kanan Iran itu  mengucapkan takziah kepada negara Iran, IRGC, serta keluarga Mousavi, dan menegaskan bahawa Republik Islam itu berhak untuk mengambil langkah yang perlu dan bertindak balas terhadap pembunuhannya pada masa yang tepat dan di tempat yang betul.  HARAKAHDAILY 26/12/2023

- Advertisement -