Lebih ramai mangsa dipindah banjir gelombang ketiga

- Advertisement -

KOTA BHARU: Banjir gelombang ketiga lebih besar berbanding gelombang pertama dan kedua apabila jumlah meningkat lebih dua kali ganda.

- Advertisement -

Sehingga jam 1.40 petang mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berjumlah 14,075 orang.

Selain itu angin kencang turut berlaku sehingga beberapa rumah penduduk di Bachok, Tumpat, Pasir Putih dan Demit rosak akibat diterbangkan angin kencang.

Selain melawat mangsa-mangsa banjir di PPS, wakil-wakil rakyat turut menziarahi mangsa ribut antaranya Adun Pengkalan Kubor Wan Roslan Wan Hamat dan Adun Pantai Irama Mohd Huzaimy Che Husin. (Foto atas)

Mereka menyalurkan sumbangan dari Tabung Serambi Mekah (TSM) bagi meringankan bebanan mangsa ribut.

Kejadian ribut yang berlaku malam tadi membabitkan tujuh rumah di Kampung Pak Keral, Kampung Belukar Neting dan Kampung Simpangan di Dun Pengkalan Kubor rosak.

Wan Roslan berharap, semua mangsa bersabar dengan musibah yang berlaku.

“Pada masa yang sama kita berharap rakyat Kelantan khususnya yang berada di kawasan rendah dan mudah ditenggelami air supaya sentiasa berhati-hati.

“Banjir gelombang ketiga lebih besar berlaku berbanding gelombang pertama dan kedua hanya melibatkan lebih 5,000 mangsa sahaja,” ujarnya di sini. – HARAKAHDAILY 26/12/2023

- Advertisement -