PASRelief sumbangkan lori tangki air buat pelarian Syria

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Masalah kekurangan air bersih di kem pelarian Arsal, Lubnan telah menjejaskan rutin harian lebih 2 juta pelarian Syria di sana.

Pengarah PASRelief, Ustaz Mohd Yusni Mat Pia berkata, kegunaan dan kepentingan air bagi  pelarian Syria yang berlindung di sini tidak didapati kerana ketiadaan  sumber bekalan air yang bersih untuk kelangsungan hidup. 

- Advertisement -

“Sehubungan itu, PASRelief mengambil langkah dengan membeli dan menyumbangkan lori tangki air bagi mengagihkan bekalan air percuma ke khemah-khemah di kem pelarian Syria ini.

“Pihak kami turut  menzahirkan rasa penuh kesyukuran bagi mewakili pelarian Syria buat para penyumbang Malaysia yang terus memberi kepercayaan kepada PASRelief untuk menghulurkan bantuan kepada mereka di sini,” ujarnya.

Justeru, beliau menyeru agar terus menyumbang bersama PASRelief buat pelarian Syria di Lubnan  yang sangat kesusahan sekarang. 

“Sumbangan boleh dihulurkan melalui akaun Maybank Islamic – PASRelief : 5640-7061-2333 . Maklumat lanjut boleh hubungi Hotline PASRelief di talian 0175001144,” katanya.  HARAKAHDAILY 23/12/2023

- Advertisement -